Wednesday, January 11, 2012

Needle tatting dan busana muslimah

Assalamualaikum semua.
Kali ini aku nak pamerkan hasil kerjatangan aku yang baru siap. Wah! Lihatlah. Nak dapatkan sekuntum bunga ni pun aku kena ambik masa 2-3 hari. Bukan calang2 nih. Hu hu.

Ini sulaman peringkat awal. Ini bukan lah bunga yang pertama aku buat. Aku dah ambik masa dekat nak sebulan (bukan sepenuh masa lah) hanya nak dapatkan 'piramid' ini. Langkah awal aku gunakan sehingga habislah sebuku benang bulu kambing. Terasa rugi pula sebab aku dah pernah buangkan berketul2 benang bulu kambing aku sebelum ini sebab pada masa tu aku pikir aku dah tak akan gunakannya lagi. Aku dah tak akan mengait lagi...

Ingat lagi. Punyalah semangat aku pi shopping kat bandar untuk dapatkan kain ela. (Tu ayat nak bagitau yang jubah tu pun aku jahit sendiri lah.... hehe) Jackel tu dah dekat dengan rumah aku dan mudah untuk dapatkan tempat parking. Tapi susah payah aku ke bandar di pagi2 hari lagi sebelum kedai dan pasaraya lain dibuka. Tak tau pasaipa aku tak mau ke sana lagi selepas beberapa kali shopping kat Jackel. Jadi pada hari tu dapatlah aku shopping kain ela kat bandar dengan riang rianya. Kalau tidak alamat macam selalunya tiga empat kali pusing2 kat bandar tak jumpa juga tempat parking kereta tentu aku  akan pusing balik ke rumah sahaja.

Jahit tatting ni ada masanya rasa macam orang pantai timur duk tat benang untuk di buat jala dan pukat untuk diguna sebagai alat untuk menangkap ikan. Aku pula tat benang untuk ditepek kat jubah aku. Hehe.

Siap ja sulam yang sebegini pun aku dah rasa lega. Bak kata cauchCROCHETcrumbs lepas dah habis buat satu kerja sulam seronoknya rasa macam nak lompat2 pusing keliling meja. Hu hu. Aku pun rasa macam nak buat macam tu juga. Rasa macam nak buat satu ayat yang boleh menunjukkan satu perumpamaan menunjukkan rasa seronok itu. Ha ha. Tapi bimbang pula kalau buat ayat yang bukan2, datang pula mana2 generasi y yang terbaca entri aku ni, disangkanya aku ni sebagai mak cik meghoyan pulak. hehe

6 comments:

  1. wowww..!! kreatif giler awak ni..
    aku tak sangka..
    hasil yang membolehkan awak lompat kegirangan..
    lepas ni bolehlah ambik upah..

    ReplyDelete
  2. wahahaha.... belum nak gila lagi... hehehe
    nak ambik upah xdapat lah... MakNgah ni mata koi sari pelan nak lelap jer keghejernyer....
    Tapi lepas ni insyaAllah masih ada niat lagi nak sambung2 jahit bunga sulam nih...hehe... tengah duk menggila betui ni...huhuhu

    ReplyDelete
  3. teringin pakai2 baju spt itu..tp kurang sesuai badan montel

    ReplyDelete
  4. eh, MNgah tengok, takdalah montel sgt pun,... tengok kat TV, datin2 yg lagi bermontel2 selamba ja duk melaram, tak kisah pn...hehe

    ReplyDelete
  5. cantik la makngah..saya dah try wat pyramid patten,hampir menjadi..tekniknya dah tau,cuma nk kasi loop pyramid tu sama size kena byk berlatih lg..lgpn sy blm apply gn benang cam makngah guna jd result yg bagus blm dpt lg..hrp2 2nd trial hasilnya lebih baik..Tq sbb kongsi info n video tu (blurr sgt la kan video tu, berpinar mata sy..bertambah la power spek sy nnti..hehehe..)

    utk sulam kat kain cam jubah yg makngah jahit sulam ni,still gn teknik asas cam wat pyramid tu ke?

    ReplyDelete
  6. Nita
    mngah seronok sebab rasa taklah mcm mngah sorg yg minat dgn sulam oya ni...mula2 berjaya mencuba dulu pn, mngah rasa puashati sgt, seronok tak terkira lah..! mmg kena berlatih byk2 jika nak kuasai saiz loop tu
    nk dptkan video lain2 kraf kt youtube rasanya lebih mudah berbanding video sulam oya, mmg ianya kurang jelas (blur)pd mngah pun...
    ya betul, jika Nita dh dpt teknik asas pyramid tu, nnt boleh kata semua jenis sulam oya mcm yang mngah buat di bwh label sulam renda, lambat-laun Nita akan dapat buat jugak!

    ReplyDelete