Followers

Thursday, December 15, 2011

Kerabu pucuk beluntas

Bahan2
secekak daun beluntas (petik daunnya sehelai2)
ikan bilis (dicelur dan ditumbuk) boleh gantikan dengan udang kering
kelapa parut (digoreng)
bawang merah, cili besar, cili api, air limau nipis, sedikit garam 

Rendam daun beluntas dalam air garam. Ramas dan sejatkan. Gaul daunnya bersama dengan bilis tumbuk, kelapa goreng, bawang, cili dan perahkan air asam limau. Akhir sekali tambah garam sedikit demi sedikit dan sesuaikankan rasanya. 

Ini gambar pokok daun beluntas kat rumah aku. Nak buat entri ini aku kena rujuk balik dengan entri aku yang lepas pasal daun beluntas ini. Aku masih keliru beluntas dan bebuas. Hu hu.
Aku tak sure sesuai ke tak nak namakannya sebagai kerabu. Nak namakan urap, aku tak biasa dengan istilah ini. Kalau kat tempat aku, aci gaul2 macam ni, orang panggil kerabu aja.
Pada peminat daun segar macam aku ni, sukalah dengan kerabu ini.Meratah saja pun habis. Daun ini dikatakan bagus dalam perawatan demam, mengurangkan masalah keputihan dan merawat haid tidak teratur.Tapi yang paling menarik minat  aku ialah ianya dipercayai dapat menghilangkan bau badan. Huhu.

10 comments:

  1. Cek pun tak penah jumpa pucuk ni...makan lagila tak penah...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kalau tjmpa dgn bunganya (ia halus macam kekabu)MNgah cuba beri benihnya pada Cek..

    ReplyDelete
  3. salam mak ngah pora
    betoi dah tuu beluntas ..bebuas pula lebar dan tiada wangi..ilah ada tanam dn kasi kak ipar kat melaka..

    ReplyDelete
  4. wasalam ilah
    hemm.... sekarang ingatlah sebab dah diigatkan balik, nanti lupalah balik....hik3
    agaknya kalau nak semai dgn biji benihnya bolehlah kot noh...

    ReplyDelete
  5. Tuan rumah ni tinggal kat mana ya.. Kalau boleh, nak minta keratan pokok beluntas sebab kawasan selatan tanah air ni tak ada pokok ini. Pernah mkn buat ulam mentah masa belajar di USM tahun 1990 dahulu. Sampai sekarang tak pernah jumpa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kedah. boleh aje kalo nak daptkan keratan pokok beluntas.. berilah alamat, nanti makngah tolong poskan... mudah aje nak biak pokoknya..

      Delete
    2. Kat rumah saya di Seri Kembangan, Selangor berlambak pokok beluntas, juga bebuas. Pernah juga saya ambik keratan dan semai buat benih, kemudian bagi kat kawan2..

      Delete
    3. salam en Mustafa,
      boleh bagi saya contact number?saya pensyarah di UPM ingin membuat kajian mengenai daun betuntas ni..terima kasih.
      email ctefliza@upm.edu.my

      Delete
  6. mak ngah saya nak keratan pokok beluntas tu boleh? saya cari disekitar melaka x jumpa la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. hubungi makngah melalui syapora@gmail.com

      Delete