Followers

Wednesday, December 21, 2011

Pulut kacau a.k.a wajik a.k.a nasi manis

by google
Bahan2
1 kati gula merah (buang sikit)
2 biji nyiur
1 cupak beras pulut
sedikit kapur makan

*1 cupak=675 gram.
  1 kati=600gram

1. Rendam beras pulut semalaman dengan sedikit kapur makan..
2. Masak air gula hingga naik bertali. (pekat). Campur sekali dengan santan.
3, Masukkan beras pulut, kacau dengan api perlahan sehingga kering.

Macam pelik jer kan aku punya resepi kali ni. Ini resepi original yang aku dapat dari sorang nenek jiran dekat rumah aku. Sebab tu aku tulis macam yang dia cakap.
Aku tak pernah minat pada kuih pulut kacau ni. Suatu hari aku cuba merasanya bila sorang jiran buat birthday party kat  anak dia. Terkejut aku bila makan pulut kacau kat majlis jamuan pada hari tu. Terus aku tanya pada situan rumah. Oh, tak sangka aku si nenek sorang tu pakar buat pulut kacau.
Tapi ada problem siket lah. Dari cerita2 dan apa yang pernah aku nampak, nenek ini sangatlah garang orangnya.!  Sapa berani hampir? Ha ha.

Suatu hari aku pergi jua bertandang ke rumah nenek ni. Aku temankan anak lelaki aku untuk berurut dengan si nenek ini. Ehh... dah sembang2, tak ada pulak nenek ni berlaku garang dengan aku. Baik hati dan caring ajer dengan aku. Hu hu. Masa ni lah aku risik2kan dari dia macamana nak buat pulut kacau. Ini yang aku dapat. Dah pernah aku cuba buat, ok jugalah rasanya. Tapi yang gambar kat atas tu aku ciluk orang punya! Makanan manis ni anak2 aku kurang suka, jadi aku kongsikan aje resepinya kat sini. Sedikit kapur makan yang direndam bersama dengan beras pulut tu buat ada rasa rangup bila digigit.

Nenek tu pun dah lama meninggalkan kami. Dia dah tak ada lagi tapi resepi pulut kacau ni aku rasa sangat istimewa sebab ditinggalkannya untuk aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

P/S : Aku perhatikan posting terbaru aku dah tersumbat!..tak muncul2 kat bloglist kawan2 aku...

7 comments:

  1. MakNgah...pekabo....sihat...haraop2 begitulah...lamanya tak makan wajik...rajinnya makngah buat wajik...

    ReplyDelete
  2. timah..
    aku plk suka wajik yang lembut.. yg tak ada rasa rangup2 macam pulut mentah.. huhu.. bukan suka pun.. kira olehlah makan kalau tak ada makanan lain.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Cek:
    TQ cek... MNgah sihat2 ajer...
    ada jugalah tu.... kut2 pada masa yang tak dilanda kemalasan tuu....hehe

    Eda:
    Sama la sy ni pun... kalo dah tak ada apa2 nak di ngap tu,... hehe.. disuap jugalah...

    ReplyDelete
  4. akum..mngah nk tau kapur mkn agak byk mana?

    ReplyDelete
  5. wkslam... letak sedikit yg boleh, hujung2 sudu ja..makngah pun agak2 ja,baru sekali cuba..:)

    ReplyDelete
  6. mengapa rendam pulut dengan kapur makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa pulak nk tanya arwah, agaknya bila menggigit pulut tu, mcm ada sedikit rangup

      Delete