Monday, January 9, 2012

Cendul timun betik

Assalamualaikum semua
 Bahan2
Buah timun betik, santan pekat, gula merah, ais kiub dan secubit garam.
Masak santan bersama gula merah.
Selepas siap dikupas dan diracik isi buah kecil2, campurkan dengan santan, gula merah dan ais kiub. Siap untuk dimakan.

Hari ini aku nak posting satu juadah yang dah lama aku idamkan selama ini. Lama sangat dah aku duk tercari-cari mana nak cari buah ini. Suatu hari aku terserempak dengan gambar dan cerita tentang buah ini kat internet. Kat Indonesia ia dipanggil buah timun suri. Aku pernah makan buah ini masa aku kecik2 dulu. Dah ingat2 lupa. Lupa rasa lupa baunya tapi seingat aku buah ini baunya sangatlah  wangi. Yang kita tengah duk rindu2, tentulah semuanya berbau wangi kann.... (tudiaa ayat..)


Tak semena2 tiba2 jiran aku cakap buah ni ada ditanam kat kampung dia. Aku dengar pun rasa macam tak caya jerr... Excited sangat2. Bila cakap kat abang aku, dia kata nak cari buah ni kena pi cari kat Perlis.

Akhirnya abang aku cakap yang dia dah dapat yang kat atas ni pun  dah last stok. Depa tengah duk nak tanam semula la ni. Hu hu. Jadi pada sapa2 yang nak cari buah ni, pi la cari kat Kampung Pering, Padang Sera. Padang Sera yang dekat dengan Watt Siam Boonyaram tu. Kampung Pering ya. Jangan tersilap sebut macam anak sedara aku yang tengah pelat time dia kecik2 dulu. Dah puas tok dia sebut Kampung Pering, dia masih duk sebut Kampung Kering!

Yang ni belum masak lagi. Aku bawa balik ke rumah nak peram. Saiznya 15 inci panjang dan 17 inci ikurlilit garispusatnya. (Orang lama tak selesa dengan sistem metrik. Hu hu.)

This is not my tangan ekk.. Aku pi makan saja, cuci pinggan mangkuk pun tak sempat dah, nak sangat balik ke rumah. Hari dah nak malam.
Sebiji buah ni kami makan berlima, tu pun tak terhabis sebab anak2 aku tu generasi baru, depa tak pandai nak makan benda2 macam ni.

Macamana nak cerita rasanya? Aku tanya kat kakak ipar aku. Macam honey dew ka? 
Pada aku rasanya siket2 macam honey dew. Tapi kuat lagi bau dia, ada macam aroma masam sikit. Isinya lebih gebu berbanding isi honeydew. Agak tawar.
Dia angguk. Emm, macam ni la rasa dia, kata dia hilang kata kata. Aku gelak. Abang aku kata rasa dia betui2 macam condoi! Ha ha. Generasi lama macam  abang aku tu dia tak sebut cendul ya? dia sebut chondoi, baru kaw kaw.!


by google
Yang satu jenis ni tak ada corak macam yang aku makan tu. Agaknya rasanya lebihkurang sama la kut. Seeloknya yang dah merekah macam ni dah cukup elok lembut untuk dimakan.

by google

Yang ni masukkan gula putih sahaja. Tu yang warnanya jadi begini.

9 comments:

  1. salam makngah...memang tak pernah makan ni....kalau ada iras2 rasa honeydew mesti sedap...:)

    ReplyDelete
  2. fulamak mmg kaw kaw.. dah lama ilah tak makan timun nie dah 18 tahun dah ....huhuhuu hari tu ada rakan blog di kedah kirinm biji benih tanah tak hidup sbb rapuh sgt anak pokok dia mudah patah tanam lak dlm pasuuuu kat balkoni 6 tingkst di KL ni mmg tak menjadi lah... huhuu
    org perlis mmg guna chondoi kita kedah cendoiiii

    ReplyDelete
  3. aku pun tak pernah jumpa timun ni..
    kalau nak cuba jugak.. boleh kut guna honey dew.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. quinnie:
    tak nah makan ya..sedap ni tau...
    ada org cakap ada masa dijual kat R&R Bukit Merah kot, kalau xsilap, mai dari Tambun rasanya...

    ilahjy:
    waaa....mcm tu ya? MNgah mmg duk plan jg nak tanam dlm pasu...
    xpa, nnt Mngah cuba letak kt bawah rumpun hutan pokok sireh MNgah.. kalau jadi, adalah kat N3 nnt tu... hehe

    Eda:
    yg sebiji sy bawa balik tu sy peram smpi ckup masak.... amboi...sy cmpur susu sejat, sedapp.. rasanya mcm keledek rebus`lah pulak... sgt lah gebuss.. haha (ayat nak menggoda tuu)
    kalo guna honey dew, cmpur pula dgn sagu... sedap tu...

    mama janet:
    insyaAllah nnt kita cuba tanam dan dapatkn hasilnya :)

    ReplyDelete
  5. best sgt!!
    kt kelate ganu ade kt jln gua musang,
    kt pahang leh cr kt jln rompin - pekan,
    mkn mentah dgn kuah serawa (masak santan + gula melaka + garam sket)
    perrgh mmg terbaik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for the info... nnt leh try mkn dgn serawa lak.

      Delete
  6. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete