Friday, January 6, 2012

Tepung talam a.k.a. kueh talam blues

Assalamualaikum
Bahan2
1 cawan tepung gandum(tambah 2 camca tepung ubi untuk penuhkan sukatan cawan)
2  1/2   cawan santan
3/4 cawan gula
 secubit garam
12 kuntum bunga telang

Sebatikan semua bahan kecuali bunga telang. Bahagikan 1/2 sukatan bancuhan tepung untuk diwarnakan dengan warna biru bunga telang.
Rendam bunga telang dengan air panas untuk mendapatkan warna birunya. Tapis.
Kukus bahagian yang berwarna putih dan bila ia mula membeku, ceduk perlahan2 bancuhan tepung yang berwarna biru ke atasnya sehingga habis,
Kukus hingga masak.

Bak kata sahabat baik aku Si Eda, dah tak ada idea, tak dak modai nak buat cerita. Aku pun sama. Tak ada idea, tapi masih nak buat post. Ha ha. Itu yang tiba2 muncul makanan blues ni....!

Bancuhan tepung dan santan aku ni dah pun menghasilkan warna biru sejuk... Hu hu.
Loyang aku ni comel. :) Hanya bersaiz 6 1/2 inici.
Bahagian bawahnya dah kemek bergelombang sebab anak aku yang lelaki dulu tu ada problem dengan doh pizzanya. Entah apa yang diketuknya hingga jadi begini...:(

Aku letak balik gambar bunga telang kat sini.
Kali ni aku tak dapat nak pilih2 dan buat watermark kat gambar2 aku kat sini sebab entah apa yang aku dah klik2 kat laptop ni tak tau, dah jadi caca marba lah pulak, aku sendiri pun naik pening!

Bereksperimen lagi aku dengan biru warna bunga telang. Lepas kuih talam, aku buat pulak agar2 gunakan bunga telang lagi. Ha ha  sangatlah blues.
Rasanya? He he. Tak adalah blues pun! Betul. Aku tak tipu. Rupanya saja yang blues...Masa agar2 ni masih panas, ada lah aku terbau wangi dan rasa bunga telang. Dah beku, tak ada lagi dah!
Anak aku yang perempuan dah letak yogurt kat sini. Bukan main minat lagi dia dengan agar2. Kueh talam dia tak minat sebab ada lemak2

4 comments:

  1. timah..
    bila warna2 blues2 ni teringat kat anak aku maira..hehe..
    jimat.. tak payah beli pewarna.. guna bunga telang pun dah boleh.. aku baru tau.. kalau awak tak tunjuk sampai sudah pun aku tak tau..huhu..

    ReplyDelete
  2. ada sorg jiran bukan melayu mai minta bunga ni kat sy, bila sy tanya dia kata nak buat pewarna, nak buat kui kata dia, sy tya kui apa, dia sebut pelan sgt,....rsa sbb dia xbrapa faseh bahasa melayu kot xtau nak sebut nama kuih tu,... jd sy teka2 jalah, tu yg sy try buat kueh ni.
    Dah lama rupanya dia guna bunga ni n janji nak bg sy benih yg bunganya ada banyak kelopak pula...

    ReplyDelete
  3. salam mak ngah pora
    salam kenal..jumpa blog ni kat N3 ikan seludu..org kedah ya? saya anak bukit aka opantai johor seberang..M N Pora kat mana?

    ReplyDelete
  4. Salam kenal juga...
    terima kasih kerana sudi berkunjung dan tinggalkan jejak... :)
    anak bukit ya?... tak jauh mana dah tu... MNgah ni pantai kedah, nama dia kola kedah, sempadan ngan langkawi.... hehe

    ReplyDelete