Tuesday, October 4, 2011

Masak munggai bersama udang

Bahan2
Buah munggai(kacang kelo), udang, sedikit serbuk gulai udang,
santan, bawang merah, kunyit hidup, garam dan sedikit ajinomoto.

Kikis buah munggai. Bersihkan dan potong. Didihkan serbuk gulai udang. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak hingga kacang lembut dan masak. Sebelum angkat masukkan garam dan ajinomoto.


Ini gambar kacang kelo atau buah munggai yang aku beli kat pasar Jumaat lepas. Aku nampak ianya ada tiga saiz yang berbeza. Aku tanya kat that guy buah munggai yang saiz kecik tu jenis lain ka, atau yang kecik tu untuk dibuat ulam ka. Aku buat2 ramah sebab tak pernah tengok buah yang berlainan saiz dijual bersama.
Budak lelaki tu cakap,
"Saya tak tau sangat bab2 masak ni kak ai, pokok dia tumbang, jadi saya kutip sekali semua buah yang dok ada..."
Ha ha. Akhirnya yang saiz kecik tu aku biar saja tersimpan dalam peti ais, bimbang nak campur sekali takut kot2 rosak terus gulai aku ni sebab tak tau apa rasa buah dia yang masih muda tu.

Nasib baik sedap pulak gulai buah munggai bersama udang aku ni. Dah lama tak makan gulai buah ni sebenarnya. Rasanya pucuk daun munggai ni pun boleh dibuat goreng.

Anak-anak aku tak pandai makan gulai buah munggai ni. Depa kata mak tak pernah masak pun. Hehe. Sebenarnya ada tapi dah lama sangat, waktu tu depa masih kecik sangat lagi, masih tak pandai makan sayur lagi kot. Zaman tu depa masih duk makan telur goreng kut.

Aku ni kalau sebut munggai selalu nak kena rileks dahulu kemudian baru dapat berfikir perlahan-lahan secara tenang. Bukan apa, sebutan sukukatanya mengelirukan sebab ianya akan berbaur dengan tiga makanan lain. Ianya terdiri dari buah belinggai, buah binjai dan buah belinjau.

Munggai, belinggai, binjai dan belinjau. Tu belum masuk lagi bila ada pulak orang tambah sebut lagi dengan perkataan  kacang kedelai... huhu.

by google

Ini buah belinggai. Kecik2 dulu aku selalu makanlah. Isinya yang belum cukup masak rasanya kelat. Nak dapatkan isinya kena hempaskan buahnya ke bahan keras seperti kayu atau simen.


by google

Yang ini buah binjai. Sedap sangat buah ni pada aku kalau dicampur bersama sambal belacan. Eeee... terliur sangat rasanya. Masih boleh dibeli sebab kadang2 masih dijual kat nat atau pekan sehari.

by google

Buah belinjau. Yang ni tak akrab sangat dengan aku. Pernah rasa gulainya diberi oleh kakak jiran belakang rumah dulu. Yang dah dibuat emping pun dah pernah rasa.

Saturday, October 1, 2011

Pisang rebus

Bahan2

5 biji pisang awak
3 1/2 sudu gula
2 helai daun pandan
air, pewarna dan secubit garam

Masukkan semua bahan dalam periuk. Jerangkan atas api hingga mendidih dan pisang masak. Sebelum angkat, masukkan secubit garam. Sedia untuk dihidang. Boleh tambahkan ais jika suka.

Pisang ini aku dapat free. Hehe. Sedang elok mengkalnya sebab ia belum cukup masak. Malas nak goreng. Ni menu orang malas. Mudah dan simple cara masaknya. Tapi aku terlebih letak pewarna la pulak. Biasanya anak perempuan aku tak suka makanan yang berwarna terang ni. Dia takut.

Dulu aku ada dengar sorang cikgu Kimia cakap, daripada minum air sirap, lebih baik kamu minum air longkang sahaja. Aku fikir dalam hati, amboi, garang nya cikgu ni.

Tapi selepas terbaca dalam satu artikel, tak ingat kat mana dah. Boleh jadi kat Buletin Pengguna kot, ada mendakwa sentiasalah berhati-hati dengan pewarna yang dicampur dengan makanan sebab ada antaranya dibuat dari bahan pencelup yang digunakan untuk mencelup warna pada pakaian!

Tapi nampaknya pisang rebus ni anak aku dah makan pun. Dia terpikat ngan warna merahnya kot... hehe

Thursday, September 29, 2011

Ringgi si emping wangi


Salam
Kali ni aku nak cerita pasal satu makanan yang boleh aku katakan dah dekat2 nak pupus. Dah betul2 pupus kot....
Kalau tak silap dalam 2 hari lepas ada sedikit ulasan pendek kat TV menyebut pasal ringi ni. Ada acara majlis apa tak tau kat Jitra tu perkenalkan benda ni kat pelajar2 luar negara. Emm... anak2 aku pun dah tak tau kalau aku sebut pasal ni.

Kecik2 dulu ada la aku makan benda ni. Kebanyakan cerita ni aku kutip rujukbalik dari blog Teratak Senja.
Aku sendiri dah banyak ingat2 lupa pasal benda ni.
Dan seingat aku ringi yang aku makan dulu2 ni kaler dia hijau. Rasanya lembut2 kenyal dan ianya berbau sangatlah wangi. Makan dengan kelapa kukur dan gula.

Aku ulas baliklah sedikit seperti apa yang ditulis kat blog Teratak Senja. Ia dibuat dari padi pulut yang masih muda. Maksudnyanya isi buah padi beras pulut masih belum keras, masih diperingkat susu lagi. Padi muda dipetik guna rengam. Ayak gemal padi gunakan kaki. Gorengkan. Lepas goreng tumbuk ia gunakan lesung tangan atau lesung hindik.

by google
yang ni lah orang kampung aku panggil rengam.

by google
cara nak gunakannya untuk mengutip tangkai buah padi


by google
gemal padi

by google
goreng tanpa minyak

by google
kalau aku la yang diberi tugas congkeih benda ni, alamat banyakla yang berterabur tumpah ke tanah...

by google
tambah air sedikit2 supaya ia lembut... gitu la kot..

by google
Ringi yang dah siap untuk dimakan. Aku teringinnya nak makan.... Kat Pekan Rabu pun tak dak juai nih...

Sistem tanam tabur kering la ni orang tak biak padi pulut dah. Dulu ni bolehlah, padi ditanam seperdu2, tiap tuan tanah buat tapak semaian padi sendiri. Boleh pilihlah nak tanam benih padi apa yang dia suka.

~Ringi=ringgi
~Lesung hindik=lesung indik

~Gambar2 yang banyak kat sini aku dapat dari internet ~dari Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Nak yang real lagi kena pi kat Muzium Padi la kot. Aku sendiri pun tak penah sampai sana lagi pun.... hehe


Emping biasa. Rasanya yang ini menggunakan padi beras pulut yang lebih matang. Isi berasnya lebih keras berbanding ringgi yang diproses pada masa isi beras masih lembut, istilahnya susu kot..
Emping ini lebih kering, tawar dan kurang wangi berbanding ringgi.


by google
Gambar lesung tangan. Hehe. Dah nak jadi muzium tak diktiraf pulak aku ni. Gambar hitam putih ni lebih antik...:P


by google
Ni gambar lesung tangan tambahan. Tak ingat dari Sabah atau Sarawak. Depa tengah tumbuk beras untuk dijadikan tepung. Dulu2 aku pernah mencuba aksi ini banyak kali. Tapi tiap kali cuba, tiap kali tu lah accident!! Gagal nak ikut rentak irama yang betul...


by google
Nak tambah siket lagi. Ni patern rumah lama Kedah. Fesyen rumah arwah tok aku. Kecik2 dulu aku rasa tiangnya tinggi melangit. Kat bawah rumah ni lah aku tengok arwah tok aku menumbuk beras untuk dijadikan tepung.

Monday, September 26, 2011

Sayur belacan ~ cekur manis dan kacang bendi



Bahan2
Kacang bendi
Daun cekur manis
sedikit belacan
garam dan ajinomoto

Larutkan sedikit belacan dalam air. Jerangkan atas api. Masukkan beberapa titis minyak. Bila air mendidih, masukkan daun cekur manis yang sudah dibersihkan dan masukkan juga kacang bendi. Bila agak layu dan masak, masukkan garam dan sedikit aji, terus angkat. Siap untuk dihidang.
~Aku gunakan aji sedikit sahaja. Sebesar kepala mancis api sahaja.
~Sedikit minyak tu untuk kekalkan warna hijau pada daun dan sayuran hijau.

Dua tiga hari lepas aku alami sedikit radang tekak. Ada la dari akibat dari siket2 batuk. Jadi masak sayur bening ni lah paling sesuai dengan mood orang yang tak ada mood. Hehe.

Rasa aku orang2 lama tempat aku panggil ini sayur belacan atau sayuq ayaq. Sayuq ayaq kacang lendiaq dengan daun asin-asin. Mai dari Kedah~Perlis. Hehe. Bahasa mudah orang Kedah.

Betul cakap kawan aku. Timbul rasa manis sebenar kacang bendi dan cekur manis. Tanpa seulas bawang. Hanya belacan dan garam sahaja. Masa periuk tu masih panas kat atas api, rasanya masih belum ketara lagi.
Versi ni samalah dengan sayur bening aku sebelum ini iaitu sayur manis rebung dan sayur ketela a.k.a sayur manis betik.
Entah. Rasa2nya ada aku terdengar anak aku cakap '...majulah belacan untuk rakyat Malaysia..' hehe..


rentetannya... habis semua yang dalam peti ais aku dah jadikan sayur manis... hasilnya memang manis.. hehe...

Friday, September 23, 2011

Siapakah dia?

by google
Assalamualaikum semua...

Agak lama juga aku tak buat entry...hehe.... tapi ada ke sapa2 nak kisah kan...?

Sebenarnya aku tak tahu macamana nak mulakan bicara pada kali ini.
Pada entri kali ini, aku dah letak gambar orang yang aku tak kenal kat sini.

Siapakah dia ini? Diakah tuan punya blog Dapur Tanpa Sempadan?
Tak dapat tidak aku tak dapat nak menipu diri... aku sendiri antara berjuta peminatnya teruja nak kenal siapa dia Che mat Gebu...

Jika ada anak2, adik kakak dan puan-puan sekelian yang pernah mencari resepi masakan kat internet tentu pernah terjumpa dengan blog Dapur Tanpa Sempadan. Carilah resepi apa saja. Semuanya ada, tak perlu cari kat majalah lagi....Aku sendiri lepas ni nak cuba resepi Nyonya Mooncake sebab resepi yang pernah aku cuba sebelum ni kureng menjadi..

Thursday, September 15, 2011

How to make Ketupat Palas...Malay Traditional Food

Bahan2
1 kilo beras pulut susu
600gm santan segar
daun pandan, garam

Sukat beras pulut masukkan dalam mangkuk. Tujuannya ialah untuk menyukat santan yang akan digunakan untuk memasak beras pulut tadi. Maksudnya 1 mangkuk beras pulut = 1 mangkuk santan.
Jika gunakan santan segar pekat yang dibeli kat pasar tu, cairkannya menjadi 1 mangkuk yang sama saiz dengan mangkuk yang digunakan untuk menyukat beras pulut tadi.

Panaskan santan dalam kuali. Masukkan daun pandan dan garam. Bila santan mula mendidih, masukkan beras pulut yang sudah dibersihkan dan disejat. Kacau atas api hingga kering. Bila sudah kering, sejukkan dan pulut ini sudah sedia untuk dibalut menggunakan daun palas.

Untuk memudahkan kerja, daun palas eloklah dibuat ketupat kosong terlebih dahulu tanpa masukkan beras ke dalamnya. Buka ketupat daun palas kosong dan masukkan beras pulut yang separuh masak ke dalamnya.





Cara-cara nak membalut beras pulut gunakan daun palas, silalah lihat video di atas. Boleh replay banyak kali pun tak apa. Kawan aku cakap boleh gunakan kertas yang dipotong untuk ganti daun palas dan gunakan kertas tisu yang digumpal untuk gantikan beras pulut. Hehe. Kreatif dia ni. Dia ajar maid dia macamana cara nak membalut ketupat daun palas.

Lepas siap dibalut bolehlah direbus hingga airnya kering. Jika tak nak rebus semua, boleh letak dalam freezer dan rebus bila hendak makan.

Aku gunakan panduan resepi ketupat ini sejak harga beras pulut RM2.30-RM2.50 sekilo dulu2 ni. La ni beras pulut biasa sekilo RM5.00. Beras pulut susu sekilo RM5.50. Beras pulut hitam sekilo RM10.00.

Ketupat daun palas yang aku buat pada 2 minggu lepas, aku gunakan beras pulut hitam. Nak upgread ciket la konon2nya. Hehe. Sebelum memulakan operasi, aku tanyalah pada sianak yang maknya pandai buat ketupat beras pulut hitam tu. Mak dia ni asalnya warga Siam sejati. Dia cakap maknya pesan jangan direndam dahulu beras pulut hitam tu sebab nanti ia akan jadi lembik. Owh aturannya lebihkuranglah macam nak buat ketupat yang dah aku terangkan kat atas tadi. Penuh doa dan harapan aku, janganlah lingkup pula ketupat aku kali ni. Hihi.

Beras pulut hitam ni sifatnya tidak berkanji. Ia langsung tidak melekit. Entah. Katanya ia cukup berkhasiat. Aku google, tak jumpa pula cerita tentang khasiatnya. Kalau dah beras perang itu berkhasiat, aku agak yang warna hitam ni lagilah kuat penangan khasiatnya kot... Hehe. Satu hal yang aku selalu dengar orang cakap pulut hitam ni 'tak bisa'. Yang aku perasan ialah lepas makan ketupat pulut hitam ni tak adalah nak rasa mengantuk.


Dipendekkan cerita, menjadi jugaklah ketupat pulut hitam aku tu. Cuma kena rebus lama siket supaya ia lebih lembut. Dilain kali kenalah lebihkan sukatan santan ke dalamnya berbanding dengan memasak beras pulut susu biasa. Atau seperti carian aku kat google, masak dahulu beras pulut hitam supaya ia sedikit kembang sebelum dimasukkan santan.

Lepas siap dibalut, belum potong tangkainya.

Orang cakap yang macam ni ketupat jantan. Yang jenis lagi satu aku tak tau nak buat macamana :)

Ketupat siap masak


Rendang ayam ni hasil air tangan anak perempuan aku. Boleh pujilah. Sedap. :) . Pertamakali dimasaknya sendiri dari awal sampai akhir.


Nasi kerabu pada hari raya pertama. 3 orang kakitangan membuatnya. Masak nasi tambah lagi. Senang hati bila semuanya habis selesai....

Dalam banyak2 kuih raya pada tahun ini, kuih ini paling aku suka. Tak ingat namanya apa. Sebab rasanya masam2. Perisa strawbery...:)

Adala terjumpa resepi biskut macam ni kat internet. Nampak macam was2 ja nak mencubanya. Lain kali kalau ada terjual lagi, belilah lebih siket. 1 kotak ni harganya RM23.00 ja.

P/S : Untuk masak ketupat gunakan beras hitam, eloklah dicampurkan dengan beras pulut biasa. Ini kerana beras hitam tidak berkanji, ketupat akan menjadi perui.

Hari Malaysia ~ 2011

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun iaitu untuk memperingati pembentukan persekutuan Malaysia ~ ditarikh yang sama pada tahun 1963.

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia adalah merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.:)




Hari ini 15hb September. Aku dapat gambar sambutan ini lebih awal. Hehe. Laju ja nak letak dalam blog aku. Tak tau la kut2 bila aku dah pencen nanti pesen lain pula depa sambut Hari Malaysia ni..

Dah tua2 ni rasa tak tahan hati pula bila tengok anak2 sekolah buat persembahan. Nak2 pula kawad budak2 ni diiringi dengan lagu patriotik "Malaysia Berjaya".
(Sebenarnya depa karang nyanyi habis semua lagu patriotik..)
Anak2 ni masih muda. Cikgu suruh buat persembahan, depa pakat2 buat la, time dengar ceramah, aku tengok depa pakat2 dok berkirap hangat,bersembang tak ambik endah pun pada tukang canang kat depan nun!


Colourfull kawad...

Eish.... nampak cam tingai setengah ja nih.... Ramai yang pakat tak mai kolah kut... hehe...