Monday, May 2, 2011

Sayur manis rebung





Ini sayur masak semalam. Hari ini baru buat entry kat blog. Hehe..
Aku suka sangat makan sayur rebung. Besa la. Orang Kedah utara sempadan Perlis yang lama-lama kalau tak minat sayur rebung tu, entahlah... Sayur rebung biasanya kena ada
bersekali dengan air asam, picit cabai melaka aka cili api.

Paling aku ingat sayur rebung ialah pada isteri pak sedara sepupu aku. Dia kuat bercerita pasal sayur rebung dan pernah juga aku tengok dia kutip banyak2 rebung dari hutan dan simpan dalam tempayan besar untuk dijadikan jeruk.

Aku kenal rebung buluh betung sejak dah dewasa. Rebung bukit ini saiznya kecil2 dan rasanya manis. Lebih sedap dari rebung madu yang banyak dijual sekarang ni.

Sekali tu pernah aku ikut dia pergi tengok projek tanaman tembikai dia kat jalan Changloon. Dia kata orang masuk hutan cukup bawa bekal garam sahaja. Maksudnya periuk kecuali dan beras dah sedia ada kat dangau dia la. Dangau tu saiz dia kecik siket dari bangsal lah. Kata dia makanan boleh dikutip dari sekeliling dangau sahaja. Cuma dia tak cakap, 'Kita pergi camping ya anak anak?' He he

Cara-cara masak sayur rebung:
Ricik rebung nipis2, rebus hingga mendidih. Tukar air jika masih ada rasa pahit. Jika pahit tidak berkurang, tambah sedikit gula. Kemudian masukkan daun2 seperti bayam pasir, daun cekur manis, terung pipit dan daun leletup. Tambah garam dan sedikit belacan. Resepi aku tak masukkan daun leletup sebab jarang nak jumpa orang juai daun leletup!

9 comments:

  1. Salam kenal2 MakNgah...

    Sedapnya sayur rebung manis tu ...memang fav. kita...:)

    ReplyDelete
  2. Emmmm....muda lagi makngah kita ni ya.....unikk...memang unikkk :)

    ReplyDelete
  3. timah.. sampai sekarang aku tak reti2 lagi nak makan rebung ni.. aku tak tahu lagi apa rasa dia.. sedap ke tak.. sebab jarang jumpa gamaknya..

    ReplyDelete
  4. cik cek:
    terima kasih sudi kenal dgn Mak Ngah, terkedu ni sbb ada yg sudi brkunjung dan beri komen. Mula tu bajet nk jadi pengamal media senyap2 jer...huhu

    muda? hehe.. muda tu zaman bermain2 dengan Along Maklong dulu2 aje...
    Unik?.. hehe... xdelah unik, gimik ja tu...lebih byk kepada yg kurang senonoh n byk merapu2 ja..
    Cik cek ni orang utara jugak ya?

    ReplyDelete
  5. Eda
    Eh klau tjumpa nnt, awk try la masak sayur rebung pulak, dia ada rasa rebung lah... haha
    ada satu rasa khas yg xtau nak habaq...berdengung.

    ReplyDelete
  6. Sy suka sgt mkn gulai dgg ke ikan ke yg campur rebung.

    ReplyDelete
  7. ya, mmg sedap kn CT, kalo pnah makan kenduri kat Kedah, kdg2 menu depa ada gulai ayam atau daging cmpur dgn rebung, sedap tu...

    ReplyDelete
  8. Mak Ngah...sedapnya rebung, saya suka makanan kenduri kat sebelah Kedah..maklum org Kedah utara jugak! Mak ngah dok mana?

    ReplyDelete
  9. Anonymous
    makanan kenduri kat Kedah mmg sedap...
    hehe....asal sempadan Kedah Perlis, lani duk Loq Staq...:)

    ReplyDelete