Saturday, May 14, 2011
Emping kerabu
Ini emping kerabu. Rupanya ada juga orang panggil emping pedas. Kakak yang bagi resepi kaduk pinang tu bagi resepi ini juga kat aku. Dia pesan suruh aku cuba buat. Jumaat lepas lah baru aku cuba buat dan rasa.
Bahan-bahan
3 cawan emping
1 cawan kelapa parut dijadikan kerisik
10 ulas bawang merah hiris nipis dan digoreng
4 batang serai dihiris nipis dan digoreng
2 camca serbuk udang kering ~ digoreng dan ditumbuk
2 camca serbuk ikan talang kering ~ digoreng dan ditumbuk
15 tangkai cili kering dihiris nipis dan digoreng
Gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
cara
Emping digoreng dengan sedikit minyak hingga kuning dan menggelembung. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam emping dan goreng sekali lagi. Semasa menggoreng ini janganlah mengunakan minyak lagi. Emping kerabu tahan lama dan sesuai dibuat bekal dalam perjalanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
emping ni membuatkan aku teringat masa kita pergi rumah senah ke.. (aku lupalah).. ala~~ yang kita kena naik bot tuuu.. itulah kali pertama dan teakhir aku makan emping.. lepas tu x jumpa dah emping..
ReplyDeleteya, sy pn igt, rmh Senah, ada emping yg dmasak mcm bubur, sedapnya teringat smpi hari ni...depa rai kita sungguh...
ReplyDeletekecik2 dlu mkn emping cmpr kelapa dan gula saja
Emping + kelapa + gula = gaul rata & makan
ReplyDeleteMak saudara saya pandai buat emping kerabu, teliti masakan dia..memang nostalgia, sampai sekarang dia masih buat.
ReplyDelete