Monday, December 26, 2011

Gulai batang pisang

Assalamualaikum semua,
Ini gambar gulai batang pisang yang aku masak pada hari Jumaat lepas. Cantik tak? He he.

Nampak jer benda ni kat atas meja, anak perempuan aku pun tanya, ni apa mak?
Ambuih, ini pun tak kenai ka?
Alhamdulillah. Syukur. Murahlah rezeki pada yang telah memanjangkan rezeki ini pada aku sekeluarga....:)

Apa pulak ni?
Inilah rempah kari basah yang aku beli kat pasar. Nak buat gulai batang pisang.
Penjual rempah India tu pesan, balik boh minyak saja. Kayu manis serai semua dia dah masukkan. Aha. Ini dah banyak bagus ni. Makin  senanglah kerja aku. Aku balik tumis sahaja. Masuk daging. Tambah santan.
Tunggu sampai dia masak.
Tapi dia pesan lagi tambah satu biji tomato sebab gulai daging tarak masuk asam, gulai ikan saja masak pakai asam.
Tang ni aku tak boleh terima. He he. Aku kena letak juga walau sikit asam keping  sebab baru akan terasa asam garamnya.
Seharian di hari itu kian semerbaklah suasana di dalam rumah aku dengan bau kari mamak. Amatlah menyelerakan...He he he. Ni kalau tanya kat anak aku yang lelaki tu mesti dia akan cakap, kalau mak perangat gulai ni yang setahun lepas pun, dia masih akan sanggup makan lagi .... ha ha ha..

Yang ni baru betul2 gambar gulai kawah batang pisang. Hehe. Yang ni nak dapat merasanya biasanya time orang kenduri saja. Siapa2 yang pernah merasanya tahulah sedapnya macamana kan.
Kawan aku cakap biasanya gulai ini orang buat cair2 saja. Masukkan kerisek dan campur dengan daging cincang. Best sangat rasanya..!!
Katanya batang pisang ni diambil dari anak pokok pisang yang masih muda belum berbuah. Biasanya pokok2 pisang hutan dari kawasan bukit. Banyak dan tak payah menanamnya.
Bukan batang pisang yang ada pelepah daun pisang tu. Tapi umbut pisang dari bahagian tengah batang pisang yang ada rambu2 bila dipotong. Ingat dulu masa kecik2 kami potong2 umbut ini dan main tarik2 macam menarik gerabak keretapi....

4 comments:

  1. wah..gulai batang pisang..sedapnya..tapi kalaubuat sendiri tak berapa nk kick la..ken ayg kenduri punya..lagi ceroi kuah, lagi seda..huhuh

    ReplyDelete
  2. ya betui tu ana, kalau dapat yang masak dlm kawah kuah ceroi tu baru betui2 kick.... mcm makan bubur asura juga, yg masak dlm kawah tu jugak la baru syok noh...hehe

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya makngah gulai batang pisang..kalau kat kg saya kenduri kendara pun tak dpt makan gulai ni sebab kat perak ni jarang org masak gulai ni...kalau la ada org jual batang pisang ni memang saya dah beli buat gulai kawah sendiri...hehehhe

    ReplyDelete
  4. sedap betul gulai ni quinnie, sini pun jarang sekali nak jumpa kenduri lauk gini.... kalau xda org juai tu, cuba2 lah minta belas ehsan kat sapa2 yg ada kebun pisang tu... hehehe

    ReplyDelete