Followers

Monday, October 10, 2011

Lagi Agar2 gula merah bersantan


Bahan2
1 mangkuk agar2 kering yang sudah dibersih dan ditoskan
1 cawan gula merah larut jadikan 1 mangkuk
1 mangkuk santan
2 mangkuk air
garam

panduan;
~1 mangkuk agar2 kering yang sudah dibersih dan ditoskan dimasak bersama dengan 4 mangkuk air.
~(masukkan agar2 yang sudah dibersih dan ditoskan ke dalam mangkuk agak penuh, tidak perlu tepat atau menekannya sehingga padat.)
~4 mangkuk air tadi bolehlah diubahsuai dengan santan atau sebarang bahan lain.
~Gunakan sukatan mangkuk yang sama untuk menyukat agar2 dan air.


Cara2
Masak 1 cawan gula merah menjadi 1 mangkuk air gula merah. Ketepikan.
Masak agar2 menggunakan 2 mangkuk air.
Bila agar2 larut, tapis air gula merah ke dalam periuk yang berisi agar2. Tambahkan 1 mangkuk santan, garam dan masak lagi semua campuran ini hingga mendidih . Tutup api, sejukkan agar2 ke dalam bekas yang dikehendaki.

Aku dapat petua mudah membuat agar2 menggunakan agar2 kering. Maksud aku sukatan air yang patut digunakan agar aga-agar membeku dengan betul. Hehe. Sebelum ini mengingat sukatan atau menggunakan penimbang adalah kerja yang leceh atau agar2 yang aku buat akan menjadi terlalu cair atau terlalu keras.

Petua ini aku dapat dari seorang kakak. Aku sebenarnya tak ada kakak kandung. Jadi mana-mana kakak yang rapat dengan aku, semuanya kakak aku.

Kakak yang bagi petua buat agar2 ni rasanya dah lebih 5 tahun pencen. Lama2 sekali dia talipon aku. Ajak aku pi makan angin ke Mekah, Bali, Beijing. Tapi aku belum ada masa yang sesuai. Rasanya aku tak akan rasa bahagia kalau pergi jalan2 nak pulak yang jauh2 kalau tak heret sekali anak2 dan cucu aku. Dia juga kerap mengajak aku pergi menuntut ilmu akhirat. Dia sendiri solat lima waktu pun sering berjemaah ke masjid.
Tapi aku ni yang selalu tak ingat nak talipon dia. Hehe. Bila dia tanya, aku cakap aku lupa. He he he.

Sepatutnya sebelum pencen kakak ni dah pun menjawat jawatan pengetua. Pegawai perkhidmatan pendidikan DG48. Tapi dia kata dia tak minat dengan bahagian pengurusan dan pentadbiran.
Sepanjang pergaulan aku dengan dia dulu, rasanya aku hanya menyarankan pada dia hal2 yang mengarut dan nakal. Nakal ke jahat? Hehe. Kalau nakal dan 'jahat' takkanlah dia sampai boleh ketawa hingga mengekek-ngekek. He he. Waktu tu aku banyak bergurau hanya untuk hiburkan hatinya yang sedang menangis siang malam kerana dia sedang berada dipersimpangan dilema.

6 comments:

  1. sy suka agar2 santan macam ni mak ngah klau dekat nak gak mintak sepiring.

    ReplyDelete
  2. Ana
    A'aah... rasa cam sedap gak lah... hehehe

    CT
    gula merah n santan adalah citarasa org dolu2.... hehe... mmg kalau dekat2 nak sgt MNgah bagi dkt CT

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum mak ngah...saya masa kecik2 suka makan agar2 macam ni..tapi tak pakai gula merah...ganti dgn sirap merah...sedapnya bila teringat balik...tapi sekarang dah jarang buat....hehhehe

    ReplyDelete
  4. quinnie
    waalaikumussalam... ya letak sirap rasanya lebih wangi, MNgah pun ada masa lebih suka kalau makan agar2 sirap kosong...:)

    Mama Janet
    ya, lagi sejuk lagi sedap...MNgah ni masak kecik2 adalah... hehe... buat makan sendiri ja.... nyum2..

    ReplyDelete