Thursday, April 21, 2011
bila pokok tak nak berbunga....
Bosan sangat dah aku menengok pada pokok mata kucing aku yang tak berbunga-bunga ni. Jelesnya awat pokok orang lain rajin dan cepat sangat berbunga. Depa pakai baja apakah?
Beberapa minggu lepas datanglah rajin aku. Ini pun salah satu sebabnya ialah nak senamankan diri. Begitu banyaknya liang peluh kat kulit badan aku tidak difungsikan sepenuhnya. Padahal itulah anugerah. Bila peluh mengalir, maka akan keluarlah bahan kumuh secara semulajadi.
Badan dah naik lenguh2. Kat tempat kerja banyak sangat dah aku kerja duk duduk2 ja. Punya la lama duduk di atas kerusi sampai rasa dah naik kematu...Huhu..
Mula2 aku ulang2 siramkan air dengan kadar yang sangat banyak pada pokok mata kucing ini. Puas dah menyiram, tak ada kesan apa2 pun.
Teknik kedua ialah aku gunting semua daun2 yang ada. Ni kawan yang bagi benih pokok pisang serendah punya petua. Dia kata, "Hang buang semua daun2 tinggal pucuk hujungnya sahaja". Aku dah buat, masih tak ada perubahan.
Langkah ketiga ialah membuang kulit pada batang pokok. Buang kulit di sekeliling batang pokok dan tinggalkan satu jaluran kecil untuk daun2 mengangkut air dan makanan dari sistem akar. Ni petua aku dapat dari jurnal buku botani keluaran Indon. Aku rujuk dari perpustakaan di tempat kerja. Time tu tak ada lagi kemudahan klik2 kat hujung jari ni. Itu komputer zaman Wordstar, screen semua biru-biru... hehe
Pada lain2 pokok pun dah aku eksperimenkan cara ni sebelum ini. Pokok rambutan, setul, jambu, mempelam dan pokok durian. Bila ada jiran yang nampak atau orang yang lalu lalang kat tepi rumah aku ni, aku selalu kena marah.
"Awat yang hang nak bunuh pokok durian tu ka?" depa tanya.
"Ha ha ha ... punya pasal lah..." aku jawab dalam hati
Suatu hari bila bosan pun entah dah hilang ke mana, aku ternampak pokok mata kucing aku dah berbunga. Kat bahagian tengah ranting pun ada bunga.
Tapi bila difikir2kan balik, hujan telah pun turun sebelum pokok aku keluarkan bunga. Jadi aku percaya dengan kuasa air hujanlah yang telah membantu menyuburkan segala tanam-tanaman.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud
Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakan.
Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam tumbuh-tumbuhan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaaan Allah) bagi kamu yang memikir.
(An-Nahl:10-11)
Langkah seterusnya ialah aku kena bersenaman lagi untuk membungkus buah2 ini bila ia dah besar sedikit dan mula berisi. Kalau tak, buah akan hilang habis dirampas oleh burung2 yang datang tak diundang.
Bukan la aku suka sangat pun makan buah ni. Bagi kat kawan2 pun depa makan tak habis. Simpan dalam peti ais pun depa duk ulang makan lambat nak habis juga. Manisnya macam makan gula, depa kata. Kawan2 aku pakat ramai2 dah ada simptom2. Kebas2 tangan dan kaki. Terlebih gula dalam darah la tu... Huhu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment