Friday, April 15, 2011

Tempoyak ikan patin



Hajat nak masak ikan patin masak tempoyak ni sebenarnya dari minggu lepas lagi. Tapi oleh sebab nak menikmati pulut kukus dan air kopi dengan sepenuh hati, aku urungkan niat aku pada minggu ini saja la.

Awal minggu ini aku dengar radio Hot.fm dok uar2kan cerita pasal ikan patin 13 ribu tu, jadi aku pun cari jugalah ikan patin kat pasar. Ada sepiring pulak tu ikan patin potong pada penjual tu, aku ambik jugalah sebab tang lain, takdak yang semeriah dia ni menjual ikan patin.

Jangan duk pi buat2 tanya la pada orang kedah pasai ikan patin dan hal2 tempoyak ni. Nanti depa akan jawab, cek tak tau. Petai pun aku kena beli juga walaupun la ni musim petai dah nak sampai ke penghujung.

Resepi ni aku dapat masa aku dok dengar2 mak cik2 dari Kampung Kemahang, Lipis dok bersembang komen pasal masak tempoyak yang depa sedang nikmati. Sorang mak cik tu kata awat yang masak tempoyak dok pi buh kunyit.Orang masak tempoyak mana adanya bubuh kunyit, kata dia. Bawang pun tak payah masukkan. Oh, aku pikir kalau macam tu, ni la masakan yang paling ringkas pernah aku dengar.

Aku tak campur la time depa dok sembang2 tu, pasai time tu aku baru je pegang title makcik. Cuma depa makcik lama, aku mak cik baru. Baru jadi makcik. Makcik muda. Haha.

Tapi pada aku, ada satu hal yang ketara, orang2 kampong ulu Lipis ni menyebut masak tempoyak sebagai 'gulai masam'. Eeihh.. tak ke pelik tu? Pada kami orang2 kedah, asal gulai jer, kena la masukkan santan dan rempah2 kari.

Gulai masam depa ni aku selalu tengok depa masukkan sekali isi buah petai yang dikupas, iaitu bahagian hijaunya sahaja. Kalau ada putik buah durian yang gugur, masukkan sekali isinya. Sedang eloklah sebab kat rumah aku ni sedang ada putik durian yang gugur. Gugur sebelum cukup masak.

Durian nan sebatang kat rumah aku ni memang ada satu tabiat yang aku tak suka. Suka gugur sebelum masak. Mana tak gugurnya kalau dah sebiji buah tu beratnya kadang2 melebihi 2 kilo. Rantingnya tak kuat mengampu. Nak pula kalau datang angin ribut. Habis dekat sepokok tak leh merasa. Nak panjat untuk ikat2 buahnya pun tak berapa nak berbaloi sebab dahan2 pokok yang rapuh, tak padan pulak dengan keselamatan diri..Huhu.

Orang kata kalau dapat durian runtuh tu dapat lah aset dengan tidak disangka2. Durian putik yang aku dapat, rugilah tu. Tengok tu, kuah masak tempoyak aku tu kan agak pekat siket, dah terlebih masukkan durian runtuh ler tu..

Jadi resepi aku ni ikut versi Lipis antiklah. Orang Temerloh mungkin lain siket cara masaknya. Negeri Pahang tu kan luas jajahan takluknya. Aku yang agak lama pernah menetap di pekan Karak, sekali tu berborak la dengan sorang mak cik di Kuantan. Sekali makcik tu tanya aku. "Awak ni orang Lancang ke?" Memang lengguk bahasa antara orang Karak dengan orang Kuantan sangatlah berbeza...Lah, pulak. Terkedu aku.Tak jawab apa2. Kalaulah time tu aku ada pemain rekoder yang merakamkan riwayat hidup aku, bolehlah aku tekan punat bagi dia dengar, malaslah aku nak karang cerita panjang2 kat dia. Tapi entri aku kali ni agak panjanglah....hehe

Anak aku yang sorang tu, kalau dalam perjalanan ke Kuantan ke, Bentong ke, Temerloh ke, singgah aja makan kat kedai, sedar2 selalu aku tengok awal2 lagi dia dah ceduk lauk ikan patin semangkuk. Oh! aku yang selalu lupa. Dia memang anak Pahang! Hehe..

Ha ha. Last sekali bagi resepi masak tempoyaklah. Bahan2 dia hanyalah cili api (tumbuk lumat habis dengan biji2nya sekali), tempoyak, daun kesom, petai dan garam. Kalau tempoyak tak cukup masam, tambah asam keping.

No comments:

Post a Comment