Ada serumpun serai wangi sedang tumbuh subur. Aku yang menanamnya dulu. Sekarang tak tau nak buat apa. Apa gunanya aku tanam?
Bukan sembarangan,jauh pula benih yang aku dapat ni. Aku pau benihnya dari seorang penumpang yang duduk di sebelah aku semasa dalam perjalanan menaiki bas ke Sabak Bernam. Haha. Bukan calang2 tuu.
Bas singgah ambil penumpang di Parit Buntar. Seorang perempuan muda naik dan duduk di sebelah aku. Orangnya sangatlah ramah. Usianya bukanlah lagi dalam kategori remaja. Sekejap sahaja aku dah tau yang dia akan melangsungkan perkahwinannya dalam masa yang terdekat. Sepanjang2 masa dia bercerita tentang hari bahagianya yang bakal tiba. Pada penumpang2 yang ada berhampiran kami pun ia lakukan hal yang sama.
Rasanya bila aku dah turun bas bila sampai di Sabak Bernam pun, dia masih sulamkan percakapannya dengan isu yang sama. Bagi aku yang berat mulut ni, gelagat dia sangatlah luarbiasa. Taklah sunyi aku dalam pejalanan yang jauh dan agak membosankan itu!
Aku tak tau nak tegur dia bab apa. Aku nampak dia ada bawa 2 buah beg yang agak besar. Ada benih pokok serai dalam salah satu bungkusannya. Ada serai biasa, ada serai wangi. Aku tegur ja pasal serai dia tu, dia terus bercerita tentang pokok serai dan bagaimana dia memasak minyak serai untuk dijadikan minyak urut untuk mengurut ayahnya yang sudah tua.
Aku sangka aku bolehlah praktikkan apa yang telah diperturunkannya pada aku. Tapi sekarang ni, selepas 2 tahun, aku dah tak ingat lagi pada sesetengah bahan yang patut dicampurkan untuk dimasak bersama minyak kelapa untuk dijadikan minyak urut tu.
Maka berbaliklah aku pada cara lama. Aku buat sajalah minyak urut seperti yang pernah aku buat sebelum ini. Ini petua dapat dari bomoh patah yang terkenal di kampong aku. Mudah dan ringkas. Masukkan lada hitam yang telah dipecah2kan bersama dengan bawang putih yang telah diketuk ke dalam minyak kelapa.
Hahaa....bila kaki, betis, pinggang atau badan rasa lenguh2 dan kurang selesa, gunakanlah minyak urut ni. InsyaAllah, mujarab jugalah setakat ini. Cuma yang tak bestnya selimut dan tempat tidur berbau kurang enak sebab aku sapukan minyak pada waktu malam supaya minyak kelapa elok menyerap khasiat dari lada hitam dan bawang putih sampai pada urat dan saraf yang dah kian tersumbat dan bersimpul!
salam camna plak nk buat minyk urut peppermint?bahan nya apa?
ReplyDeletecamna nak buat mnyk urut peppermint n bhan apa n dmana nak beli bhan
ReplyDeletebahan tuk mnyk pepprmint urut n dmana nk dapatkan bahn
ReplyDeletewasalam cik Zara dan cik haida.
ReplyDeleteMakngah xperasan pada komen anda berdua.
Makngah juga xarif tentang minyak urut peppermint.. yg pnah MN buat hanyalah mencmprkan bawang putih mentah yg d kupas kulit dan lada hitam biasa yg diketuk sdkit hncur, cmprkan kedlm myk kelapa.
Antara bahan yg dimask bersama2 santan mentah n serai wangi yg d blend, dimasukkan juga bwg putih n lada hitam (klu xsilap lah antara ramuan yg d beri oleh kakak ats bas...)
Semekum..sye benar2 ingin belajar buat minyak serai wangi..boleh tunjuk ajar..kalau ada bayaran sye sanggup bayar..whatssap sye Rizal 0122286682
ReplyDeleteMinyak kelapa tu minyak kelapa sawit ka?
ReplyDeleteSy ada stok serai wangi 1tan lebih. Klu berminat whatsap sy 0108480765
ReplyDeleteHai..
DeleteKwsan stock serai wangi?