Friday, April 15, 2011

Kerabu Mangga



Kerabu mangga ini aku dapat buahnya dari jiran sebelah rumah. Kerabu ni dah jadi juadah kebiasaan di kedai2 makan pada masa ini. Sebelum2 ini tak ada. Ni budaya siam mari. Putik pelam dah jadi harga.

Nasib baik la aku buat kerabu mangga pada hari ini.Kalau tidak jenuhlah aku sebab masak tempoyak ikan patin aku tu terasa sangat lemaknya isi ikan. Patin yang dibela dalam sangkar, manalah nak sama dengan patin yang ditangkap orang dari sungai pahang.

Teringat pada ayah aku yang datang ke rumah 3 bulan lepas. Mak aku tegur dia awat la lama sangat duk makan nasi tak sudah2 lagi? Ayah aku jawab yang dia datang selera nak makan nasi selepas lama dia sakit. Dia ralit makan nasi sebab aku hidangkan sayur pucuk geti, kerabu pelam dan ikan pekasam kat dia.

Kerabu aku ni ringkas sahaja. Bahan2nya ialah pelam, serai, lada besar, lada kecik, asam limau, bawang goreng dan kacang goreng dgn bilis goreng yang ditumbuk separuh hancur. Sepatutnya tambah bunga kantan tapi aku lupa nak beli!

2 comments:

  1. macamna boleh sama menu kita hari ni..
    macam berjanji pulak..
    tp.. aku punya 1st time buat tu..
    sebelum ni jeling je.. kalau nampak kerabu mangga ni..
    aku rasa awak punya lagi sedap.. cukup syarat..

    ReplyDelete
  2. hahaha
    mcm lawak la pulak
    kecik2 dulu main masak2 guna bunga2 n daun, jantung pisang buat sotong... lani main kot blog lak....masak2 la jugak.. hahaha

    ReplyDelete