Monday, October 17, 2011

Lesung kayu dari Wang Kelian

Sekarang koleksi lesung aku dah ada tiga. Bukan ada minat kumpul koleksi pun.
Dengan tak semena-mena aku tiba2 teringat nak jalan2 pi ke pasar Ahad Wang Kelian. Dah nama pun berjalan tanpa tujuan, aku shopping benda yang bukan2 jua rasanya. hehe...

Lesung kayu tu rasanya nak aku gunakan untuk tumbuk beras jadikan tepung atau nak tumbuk kacang untuk buat kueh putu. He he. Aku beli saiz 11, tingginya lebihkurang 11 inci. Projek untuk taun bila tak tau lagi lah.....

Lesung macam ni besanya depa gunakan untuk hancurkan sayur untuk dibuat somtam. Kecik dari 9 inci ia dibuat dari bahan macam porcelain. Yang lebih besar ia dibuat dari kayu. Lupa lak nak tanya apa nama kayu.

Yang ni coffee table. Garispusatnya 26 1/2 inci, tingginya 9 1/2 inci. Yang saiz besaq lagi pun ada. Wang kertas RM 10.00 tu sebagai penanda aras untuk membezakan saiznya. Hehe.


Dua lagi benda yang aku nak kongsikan kat sini ialah ikan bilis dan beras pulut. Ikan bilis yang putih jernih tu harganya 1 kilo RM15.00. Yang lebih kecik dari tu pun kalau kat pasar besar Alor Setar sekilo RM40.00.
Beras pulut susu 1 kilo RM4.00, kat A. Setar 1 kilo RM5.50. Beras hitam 1 kilo RM6.00, kat A Setar, sekilo RM10.00.


Pada yang nak tau mana letaknya Wang Kelian, aku letak al petanya lah kat sini. Anak aku yang lama duk mengaji kat Perlis pun tak berapa nak cam arah mana duduknya. Pekan Padang Besar sebelah kanan, Wang Kelian sebelah kiri ya?....

Rasa aku ada 4 ke 5 selekoh tajam macam 45 darjah waktu mendaki. Dahlah selekoh daki bukit pun rasa macam 30 darjah ja curamnya. Berbanding dengan mendaki puncak genting tu pun rasanya jalan rayanya masih lagi landai.
Aku pun pertama kalilah menjejak kaki ke situ. Padahal sedari kecik orang2 kampung aku duk sebut nama Wang Kelian tu dah macam depa duk jalan2 selalu kat pekan nat kat kampong depa. saja. Aku sorang ni sajalah yang jakun tak patut!

11.4.2012.
Aku tambah kemudian gambar2 di bawah ni kat sini untuk  tatapan pengunjung blog aku yang belum pernah berkesempatan pergi ke sana lagi. :). Aku mulakan dengan gambar ini. Ini surau agaknya....


3 comments:

  1. penah sampai sekali je dulu...masa tu dok kat penang...bestnya batu lesung tu mak ngah...beso saiz dia ek...

    ReplyDelete
  2. kalau cek berkenan lesung tu.. maklong berkenan ikan bilis.. aku kalau pi mana pun jumpa ikan bilis yang cun aku mesti beli.. 2kg sekali pun tak pa.. boleh tahan sebulan ja.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Cik Cek
    lani dh ada bgnan komplek perniagaan kt sblah Malaysia yg cantik.... tp MNgah xdan nak pi ronda pun.... lelah dh... mai la jln2 shopping kot belah cni lagi.... hehe

    Eda
    pada sy kalo 2 kilo sebulan tu bnyk la.. kt psr borong Selayang mahal ke x harga ikan bilis tu

    ReplyDelete