Sunday, May 1, 2011

Kuih koci beras pulut hitam



Sejak kecik aku tak pernah minat pada kuih koci. Koci. Aku pikir bunyinya sama dengan perkataan sekoci iaitu kapal kecil atau perahu kecil potongan Eropah. Atau sekoci tu tempat gelendong benang yang di bawah jarum pada mesin jahit! Lagi pun koci dengan kuaci tu buat aku keliru...

Lagi pun teka teki di luar tepung di dalam inti, makanan orang tak ada gigi tu lagi buat aku pikir ia adalah makanan khas untuk orang orang tua sahaja.

Bila kakak angkat aku yang dekat Bentong tu jamu aku makan kuih koci, baru aku rasa kuih koci tu sedap. Dia bagi sekali resepinya bila aku berminat nak cuba membuatnya.

Baru2 ini seorang kawan dari tempat kerja aku yang lama datang ke rumah. Dia kembalikan memoir kuih koci pada aku. Katanya aku pernah masak kuih koci dan jamu depa semua lepas kena cabar dengan seorang rakan sekerja lelaki. Ah! Ada pulak macam tu. Tapi, betul lah kut. Aku yang terlupa.

Resepi kuih koci beras pulut hitam ni aku suka sebab aku minat pada aroma yang ada pada beras pulut hitam. Ada orang yang buat kuih koci pulut hitam menggunakan tepung pulut hitam.

1 kampit tepung pulut
1 biji kelapa
1 cawan beras pulut hitam
garam

Ambil santan dari 1 biji kelapa
Jerangkan separuh santan yang pekat hingga hampir menjadi minyak.
Cedukkan kepala santan (santan pekat) untuk dijadikan pengguli semasa membentuk kuih koci di atas daun pisang.
Beras pulut hitam di basuh, di biarkan kering kemudian diblender menjadi tepung pulut hitam.
Tepung pulut, tepung pulut hitam yang diblender tadi dicampurkan dengan santan dan sedikit garam.
Bentukkan adunan bulat2 dan masukkan inti kelapa ditengah2nya dan balut dengan daun pisang.
Kukuskan seperti biasa.

Inti
Kelapa masak yang muda dimasak bersama gula melaka atau gula kabung yang dicampur sedikit air dan masak agak2 hampir kering. Masukkan sekali potongan daun pandan.
(Aku lupa masukkan daun pandan, jadi aku letakkan daun pandan dalam periuk pengukus semasa mengukus kuih ini)

Pembetulan~21/10/2011
~400gm beras pulut hitam tu aku agak2 sahaja sebab lebih 20 tahun lepas, resepinya ialah 40 sen beras pulut hitam
~Santan pekat yang dimasak diletakkan sedikit ke dalam daun pisang bersama2 dengan adunan yang sudah dimasukkan inti.

2 comments:

  1. sedapnya kiuh koci awak timah..
    terliur aku tengok.. dah lama jugak aku tak makan kuih koci pulut hitam ni.. selalu mak aku buat kuih koci keledek.. untuk menntu kesayangannya.. (suami aku..)

    ReplyDelete
  2. yer ker... rupanya saya ni la yang peghaq, tak reti pasal kuih kuaci, haha... sy ketinggalan pasal2 kuih macam ni
    koci keledek ya? agaknya cmpr adunannya dengan tepung apa ya

    ohya, rasanya yang selalu sy nmpk, org sini selalu kukus kuih anak dara dua sebilik, lepat liat dan pulut dakap

    ReplyDelete