Followers

Saturday, June 11, 2011

Jantung pisang goreng cuka


Aku tercari-cari resepi ini dari buku resepi pusaka aku. Hehe. Tapi tak ada. Rupanya aku tak catitkannya dalam simpanan. Boleh jadi aku dapatkannya dahulu dari suratkhabar atau majalah.

Potong dan rebus jantung pisang.
Aku perah airnya untuk buang rasa kelat.
Tumis bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk.
Masukkan jantung pisang.
Tambah gula, garam, cuka dan ajinomoto.

Yang bagi jantung pisang ni, kakak aku yang baikhati tu ler... Yang cerita Periuk kukus dari Padang Besar tu...

Jantung pisang yang boleh dimasak makan ialah dari pisang awak. Ini sebutan nama pisang sebelah utara. Sebutan untuk orang sebelah selatan, aku lupa buat masa ni. Daun pisang awak juga sesuai digunakan untuk membungkus nasi lemak sebab ia tidak hitam dan nasi lemak berbau wangi.

Pernah sekali dulu aku tersasar gunakan jantung pisang yang kelat untuk dibuat ulam.

Sebut pasal pisang kelat aku teringat pada satu pantun, lagu atau seloka? :

Kelat pisang kelat,
Muka bujur tahi lalat.

Sambungan yang selebihnya aku tak tau...hehe

2 comments:

  1. maklong pun sebut pisang awak jugak..
    jiran kat pahang sebut.. pisang kelat siam..
    dah bertahun2 aku tak makan jantung pisang ni..
    nak beli tapi selalu tak jadi.. tak tau pasai apa.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. lepas ni beli noh
    sedap kalo wat kerabu atau gulai lemak.. hehe

    ReplyDelete