Followers

Saturday, June 4, 2011

Sawi tumis darat


Bila dah besar baru aku dengar istilah 'tumis darat'. Perkataan 'darat' tu pun dah buat aku senyum.

Aku jarang masak sayur sawi. Beli pun sama. Sepahit mana pun sayuran kampung, aku rasa pahit lagi sayur sawi. Huhu.

Masak sawi ni sebab anak aku yang tengah berpantang tu dah tak boleh makan sayur lain selain sawi.

Panaskan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan aji . Bila air mendidih, masukkan sawi. Bila sudah masak, angkat.
Goreng bawang merah. Goreng ikan bilis. Taburkan bawang goreng dan bilis goreng bersama sedikit minyaknya di atas sayur sawi tadi.
Ringkas,. mudah dan sedap.

2 comments:

  1. Sy pun nak tahu knpa tumis darat knpa tak buat mcm cara yg biasa tu..apa kelebihannya tumis darat ni ?

    ReplyDelete
  2. hehe
    entah la. makngah pun xberapa nak reti juga. Depa kata baunya jadi lebih wangi. Selalu org buat kat masak gulai lemak. Bawang goreng dan cili kering goreng curah atas gulai lemak nampak berkilat, cantik.... haha... ni pn baru ja tanya kat kawan2...

    ReplyDelete