Saturday, May 14, 2011
Abuk-abuk
Ini kuih abuk-abuk yang aku buat pada hari Jumaat lepas. Kuih ini aku dengan kawan kawan pernah buat semasa berada di kelas menengah rendah dahulu. Dulu2 tak ada KBSR KBSM KBKK. Ini subjek Sains Rumah Tangga. Huhu.
Aku pernah keliru dengan satu jenis kuih lagi. Aku sangka tepung gomak tulah kuih abuk-abuk. Kuih tepung gomak pun aku kenal masa aku duk kat asrama di Temerloh. Boringnya rasa time tu kalau tengah sedap2 tidur loceng berbunyi untuk minum petang, kena naik ke dewan makan hanya untuk dapatkan sebiji tepung gomak!
Paling tak patut aku pernah pi cari kuih ni kat bazar Ramadan. Rasa rasanya tak pernah lagi aku terjumpa kuih ni di jual orang kat mana mana gerai pun.
Tak ada piawaian tepat untuk aku tulis kat sini.
Basuh sagu dan rendam dengan air pandan. Gaul kelapa parut (kelapa masak ~ kelapa kemantan) dengan sedikit garam.
Masukkan sagu ke dalam kelonsong daun pisang. Masukkan kelapa parut. Masukkan gula melaka. Tambahkan sagu dan tutup kelonsong daun pisang. Kukuskan hingga masak.
Sedap jugalah rasanya. Ada kombinasi aroma daun pisang, gula melaka dan kelapa. Anak aku kata dia suka.
Aku kata, 'Aik, mak rasa sedap lagi kuih koci...'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yang aku tak pernah cuba buat..
ReplyDeletemakan adalah.. tu pun time kenduri kendara..
oooo kuih selingan time kenduri. Rajinnya depa duk kelepek2 buat kelonsong banyak2, lecehlah kuih2 lama cm gini
ReplyDeletenampak sedap la mak ngah^^
ReplyDeletehehe.. sedap. rasa dia liat2 siket, dh terlebih kukus..:-) nnt bolehlah maira cuba pula..
ReplyDelete