Friday, May 27, 2011

Pulut Sekaya a.k.a. Pulut Serimuka

Zaman kecik-kecik dulu kalaulah ada orang hidangkan pulut sekaya ni, alangkah sedapnya aku rasa. Zaman dulu-dulu manalah ada makanan yang semewah seperti sekarang.


Akhirnya dapatlah aku resepinya dari kawan aku. Dia kata ginilah cara yang dibuat oleh maknya. Aku pun balik cuba buat kat rumah. Lama dulu dah. Oh, memang sedap rasanya.

Baru-baru ada orang bercerita ada sapa tak tau yang berkenduri pulut sekaya. Aku pun cubalah buat sebab sebelum ini pun dah memang siket-siket ada dalam agenda aku ni. Hehe.

Lepas masak, aku bawa bagi kat kawan-kawan aku. Besala. Ada gelak-gelak. Aku bukannya ada potensi pakar memasak. Ada silap sana sini. Tapi yang penting tak ada pun depa cakap kuih aku ni tak sedap. Haha.. Sedap.

1 mangkuk pulut
1 mangkuk telur~pecahkan masuk sebiji2 dalam mangkuk
1 mangkuk santan (+air pandan+sedikit garam~untuk lapisan atas)
1 mangkuk gula
secukup santan cair untuk kukus pulut (untuk lapisan bawah)
1 keping kecil kulit kayu manis.

1. Rendam beras pulut semalaman. (Aku guna pulut susu, aku rendam 4jam sahaja)
2. Kukuskan pulut dalam loyang. Sukatan santan untuk pulut ini ialah santan sama paras dengan pulut. Gaulkan dulu santan dengan sedikit garam supaya ia cukup rasa berlemak.
3. Bila pulut dalam loyang sudah masak, tekan-tekan dengan senduk atau sudu supaya ia padat dan sekata.
4. Blender gula bersama telur hingga hancur. Tumbuk dan tapis kulit kayu manis. Satukan bahan-bahan ini bersama dengan santan yang sudah dicampurkan dengan air pandan dan sedikit garam. Ini untuk bahagian atas. Gunakan sedikit sahaja kulit kayu manis untuk hilangkan bau hanyir telur.
4. Bila loyang berisi pulut sudah dipanaskan semula, masukkan bahagian atas untuk di masak sekali lagi.

Nota kaki :
Bahagian bawah, cukup 20 minit aku tengok ia dah masak. Bahagian atas pun 15-20 minit juga.
Ada yang sarankan tambah sedikit tepung jagung untuk memekat bahagian atas.
Gunakan mangkuk yang sama untuk menyukat setiap bahan.
Aku kurangkan sedikit sukatan gula untuk rasa manis yang sedang2 sahaja.

2 comments:

  1. dah banyak hari aku nak buat kuih ni.. tapi tak sempat2.. sejak jaga bby nina aku jadi kurang masa utk diri sendiri..huhu

    ReplyDelete
  2. xyah buat la Eda Oii... ptg smpi ke mlm tu perut sy kembung, pala sy pening..... kerasukan angin ler tu... huhu

    ReplyDelete