Followers

Wednesday, May 25, 2011

kuih kasui

Kuih kosui ni dibuat malam semalam. Mintak anak bujangku ambil gambarnya. Ini hasil kerjatangan dia la. Tak dan dan dia insert gambar ni dulu. Dia kata dia buat 'watermark' kat mak dia sekali. Betul ke pronaun dan speling tu, tak tau la. Lagi satu dia pesan, bagi-bagi la kredit kat dia siket melalui blog mak ni...

Buat kuih ni sebab anak pempuan yang sedang berpantang tu asik dok makan biskut kering ja. Dia minat nak makan kuih kosui.

Bahan2nya
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
2 cawan air.
(kelapa parut dicampur sedikit garam untuk digaul kemudian)

Larutkan semua bahan di atas. Tapis. Masukkan dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.. Kukus 30 ke 4o minit atau hingga kelihatan berkilat.

Resepi di atas tu adalah resepi pakai main ingat-ingat dan agak-agak saja sebab mak sedara aku rajin buat kuih ni. Kuih yang aku buat ni aku tambahkan 1 camca tepung ubi dan satu camca tepung jagung. Jadi kuih aku ni kuranglah gedik-gediknya. Agaknya lain kali kena gunakan 1 suduteh tepung jagung dan 1 sudu teh tepung kanji.

Gedik tu istilah pada kuih yang lembut bergetah dan elok gegarnya bila disentuh. Tepat bancuhan tepung dan cecairnya. Kalau buat kuih ni hari-hari agaknya mudahlah nak diadjustkan. . Dulu-dulu aku tak minat kuih ni. Rupa dia nampak bosan jer. Hehe.

Mudah sangat-sangat kan? Kuih paling simple. Sesuai untuk orang yang kurang rajin macam aku ni. Hehe.



6 comments:

  1. nmpk sdp~mne resepinye makngah?

    ReplyDelete
  2. yelah maklngah..
    maklong pun nak jugak cuba buat..
    dah berpuluh2 tahun tak buat ni.. resepi pun dah tak ingat..

    ReplyDelete
  3. Maira:
    Tudia resepinya. Cubalah buat, kalo buat tak jadi sekali, cubalah sampai jadi. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Lawaklah Eda. Sy dh tak larat nak layan anak saya tu, biar ja dia boh gambar tu dulu, saya masukkan ceritanya kemudian. hihi

    ReplyDelete
  5. Timah..
    sampai la aku tak tau mana satu anak lelaki awak.. mentang2 aku dah tak dak anak pompuan yang single.. hehe.. kalau tak pantang nampak anak bujang kawan2.. sebuk cari calun menantu.. haha..

    ReplyDelete
  6. nntlah kalo ada masa sy bw dia p jumpa awk ya?
    Dia ni pesen tersipu-sipu budaknya, tapi kalo dgn geng2 dia, terhegeh2 xhingat....

    ReplyDelete