Monday, May 30, 2011
Belimbing Hijau Vs Belimbing Putih
Ini cerita belimbing lagi. Buah belimbing buluh berwarna hijau dan yang satu lagi tu nak kata kuning ke putih? Abang aku cakap buah belimbing putih, dia ni otai bab sayuran kampung. Huhu.
Abang aku cakap yang warna hijau tu pasarannya lebih tinggi. Restoran gunakannya untuk buat masakan lemak kuning. Ada buah-buah hijau melampung timbul warna hijau, nampak cantiklah katanya. Hehe.
Aku pun baru sedar aja yang belimbing ni ada dua warna bila pokok yang aku tanam dah besar dan berbuah.
Kedua-dua jenis belimbing ni dah aku sukatkan keasidannya. Nampak yang kuning tu kepekatannya 0-1. Yang hijau tu macam kurang asidnya. Yang hijau tu dah 5 hari dipetik kot. Yang kuning tu baru petik. Fresh lagi. Ada paralaks siket kot. Hehe.
Tapi kesimpulannya keasidan keduanya lebihkurang sajalah kot. Aku dapat info dari internet bahawa keasidan yang tinggi dari asid sitrik buah belimbing boleh menyebabkan penyakit kencing tak lawas.
Apa-apa pun kalau diambil melebihi dos pasti bawa mudarat kan. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDimana Puan tanam belimbing putih tu?
Saya dapat info yg akar belimbing putih mujarab untuk ubat lelah.
Kalau boleh nak mintak akarnya sedikit untuk dibuat ubat. Kalau nak jual pun saya sanggup beli.
Saya amat berharap puan dapat menjawab terus melalui email saya ni.
terima kasih
waalaikumussalam. sila berikan emel anda. makngah boleh poskan akarnya untuk dibuat ubat.
ReplyDelete