Saturday, May 14, 2011

Aku peminat tempe

Aku ni sebenarnya peminat tempe. Tapi itu pun tempe ini ja yang aku berani beli. Tempe kat meja sekian-sekian dan rupanya lagu ni. Tempe orang lain dan rupa lain, aku tak berani beli.

Tempe sambal yang dijual kat cafe tempat aku kerja pun pelik juga rasanya.

Kalau beli tempe ni, aku letak garam kunyit dan goreng begitu sahaja. Rasa dia dah cukup sedap. Ada orang kata sedap tempe macam ayam goreng, tapi aku kurang minat ayam goreng, jadi sedap lagi tempe ni pada selera aku. Budak2 kat rumah ni pun suka.

Dulu pernah seorang kawan di tempat kerja aku bagi petua bagaimana cara-cara untuk membuat tempe. Dia ni jawa asli. Jawa hensem. Kulitnya putih. Beria-ria dia bercerita dan suruh kami cuba membuatnya.

Satu cerita lain yang aku tak boleh lupa pasal dia ni ialah bila dia bercerita kisah datuk dan neneknya di zaman jepun. Dia dakwa datuknya pernah selamatkan neneknya dari gangguan jepun. Datuknya unjukkan kain yang telah dikotorkan dengan air ludahan sirih pinang pada askar jepun. Askar jepun pun percaya yang neneknya sedang 'datang bulan'.
Kami semua gelak dengar cerita dia. Awat kami tak rasa sedih padahal dia sedang menceritakan pengkisahan kekejaman tentera jepun?

Cara-cara membuat tempe
1. Rendam kacang soya selama 3 malam.
2. Basuh, bersihkan dan asingkan kulit dari isinya.
3. Didihkan semula. (Matikan kuman)
4,Keringkan perlahan2 di udara samada ditabur atas lantai atau talam.
5.Taburkan serbuk tempe (Yang didapati dari tempe yang sudah dihancurkan hingga menjadi butir2 tepung) di atas adunan yang telah sejuk tadi. Gaul lagi hingga sebati, semua tempat telah terkena pada ibu ragi tersebut.)
5.Bungkuskan dalam daun pisang. Simpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.

2 comments:

  1. aku pun suuuuka tempe.. lebih dari ayam goreng KFC sekali pun.. satgi aku goreng tempe no..
    tempe yang awak beli ni nampak gebu je.. mesti sedap giler.. aku suka yang kacangnya lembut gitu.. hehe..

    ReplyDelete
  2. yer, gebu dan manis, sedap.. agaknya sbb lambat siket goreng, dia makin duk biak lagi
    sy pun xnah try buat jugak... hehe

    ReplyDelete