Followers

Sunday, July 3, 2011

Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia

Minggu ini ramai orang bercerita pasal larian serentak 1 Malaysia. Gegar 1 Malaysia.1 murid, 1 sukan, 1 Malaysia. 1 murid lebih dari 1 sukan pun tak apa rupanya.

Aku pun nak join jugalah. :-p

Pada aku gambar lama ni nampak ghotic.
Ni la bekas institusi pengajian Sultan Kedah Sultan Abdul Halim, Tunku Abdul Rahman dan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Pada hari yang tersebut kat sini la aku jadi 'pintu gerbang'. Hehe.
Dah termaktub kot. Aku dengan 2 orang kawan aku tu super. Kami boleh jadi apa2 saja. Kadang2 tanpa apa2 taklimat, kami selalunya sambut apa saja. Kamilah super duper bidan terjun.
He he.


Ini sebahagian dari bangunan tersebut. Dengar cerita pada masa perang dunia kedua, tentera jepun pernah ambil alih bangunan ini sebagai markas tentera mereka.

Jadi tiap kali aku jeling aja kat bangunan di atas ni, aku teringat kat lirik lagu Hail Amir. Hehe.

'Kau datang lagi mengganggu fikiran ku'
'Membuat daku terharu'
'Tiada dapat melupakannya'

Tak tau kenapa aku terasa-rasa macam ada ja askar Jepun dok mengintai-ngintai kot tingkap tu... He he He.
Ni semua pasai dok tengok filem 'Sini Ada Hantu'. Segmen 'Hantu Jepun'. Hehe


Pokok besar depan pintu masuk ni pun pernah jadi saksi kot. Menyedut haba, wap dan asap panasnya zaman manusia tengah berperang.


Aku jaga checkpoint.
Tudia. Peserta larian dah tiba. 1 sukan 1 murid. Aku dapat banyak murid 1 checkpoint. Hehe.
Yang ni dah ruper lenggang Mak Limah nak balik kampung jer...


Peserta larian sedang menuju ke sebuah sekolah rendah. Sekolah rendah yang guru besar pertamanya ialah bapa kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. :)


Ni dia salah seorang bekas penuntut asal sekolah budak-budak perempuan tadi. Satu-satunya zuriat dari Kerabat Diraja Kedah yang penuh keunikan dan kekananan mendahului dari segala Raja Melayu yang lain.


Ni lagi. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ada lagi yang lain-lain. Nak tulis banyak-banyak pun nanti susah nak ingat juga. Dua orang ni jadi kebanggaan pun dah cukup hebat!

Ini gambar sekolah asal tempat dua orang kerabat perempuan bergelar itu pernah menuntut ilmu. Bangunan ini dah 10 tahun ditinggalkan. Ditinggalkan sepi dan usang ditengah-tengah bandaraya yang tengah rancak membangun disekelilingnya.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete