Followers

Monday, July 11, 2011

Kerabu rebung

Bahan2nya
Rebung yang sudah direbus
Udang yang sudah direbus.
Santan, kerisik, belacan, garam, gula, air asam jawa, dan ajinomoto. (Perencah)*
Bawang merah, bawang besar, cili besar dan cili api. (Hiriskan)*

Ricik rebung kecil2. Cincang udang yang sudah direbus. Campurkan kedua2nya.
Campurkan lagi dengan bahan2 perencah*. Tambah bahan2 hiris*. Sebatikan kesemuanya dan tambahlah jika ada apa rasa yang kurang.

Semalam aku balik kampung. Aku dapat rebung ini yang sudah siap direbus.
Aku tengok orang kampung aku ramai yang tanam rebung madu ini. Kebanyakan rumah ada menanamnya. Malah ada yang aku tenguk dah gunakan rebung madu ini untuk pokok pagar mengelilingi kampong mereka. Jenuhlah makan rebung madu! Hehe.
Mudah nak dapatkan benih pokok rebung ini agaknya. Rasanya benih pokok2 serupa ini datang dari Siam.

2 comments:

  1. a'kum kak...salam kenal..menariknya kerabu ni..saya tak pernah guna rebung buat kerabu...boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam quinnie
    Salam kenal juga..:) Bolehlah cuba kerabu ni, sedap. Byk jg kerabu kt blog quinnie tu..
    Dulu2 org Kedah mkn ´rebung hutan´ nama dia. Skrg ni mkn ´rebung madu´, xyah masuk cari dlm hutan lg dah...

    ReplyDelete